IVF atau Persenyawaan In Vitro merupakan rawatan kesuburan yang paling terkenal di Malaysia. Baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjalani prosedur rawatan IVF dalam usaha untuk menambah cahaya mata.
Rawatan kesuburan bukan sesuatu yang tidak diketahui oleh masyarakat pada masa kini berikutan masalah kemandulan yang semakin meningkat. Sebelum menjalani prosedur tersebut, seseorang individu perlulah mengetahui apa itu IVF dan beberapa perkara yang penting tentang rawatan IVF di Malaysia.
Apa Itu Rawatan IVF?
Pasangan yang telah berkahwin lebih dari satu atau dua tahun dan belum dikurniakan cahaya mata mungkin tertanya-tanya, apakah yang perlu dilakukan untuk cepat hamil. Ada pasangan yang telah berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan nasihat.
Ada juga yang telah menjalani pelbagai ujian di klinik rawatan kesuburan untuk dapat rawatan dan tips meningkatkan peluang hamil. IVF bermaksud ‘in vitro fertilization’, iaitu sebuah proses di mana telur akan disenyawakan dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan embrio.
Kemudian, embrio tersebut akan dimasukkan ke dalam rahim semula. IVF juga dikenali sebagai rawatan bayi tabung uji pada sesuatu masa.
Bagaimana IVF Boleh Membantu Anda?
IVF boleh merawat pelbagai masalah kesuburan yang anda sedang mengalami. IVF boleh memberi peluang yang lebih tinggi kepada wanita untuk mengandung.
Rawatan IVF amat disyorkan bagi pasangan yang mengalami keadaan seperti endometriosis, kiraan sperma yang rendah, gangguan ovulasi, masalah dengan rahim atau tiub falopio, sperma yang tidak mampu untuk bersenyawa dengan telur, dan juga masalah ketidaksuburan lain yang tidak dapat dijelaskan.
Jika anda mengalami sebarang masalah seperti yang disebutkan di atas, anda disarankan untuk melawati klinik rawatan kesuburan untuk minta nasihat. Doktor atau pakar ginekologi mungkin akan mengesyorkan rawatan IVF kepada anda dan mereka akan memberi beberapa tips IVF untuk memastikan anda boleh hamil dengan cepat sekali.
Kadar Kejayaan Rawatan IVF
Kejayaan rawatan IVF bergantung kepada banyak elemen seperti masalah kesuburan yang anda hadapi dan juga umur anda. Jika anda lebih muda usia dan telur anda lebih sihat, kebarangkalian proses IVF berjaya adalah lebih tinggi.
Jika anda pernah melahirkan bayi sebelum ini, peluang anda untuk berjaya dalam rawatan IVF juga meningkat. Anda juga boleh memperbaiki peluang anda untuk pengalaman IVF yang berjaya dengan beberapa cara.
Pertama sekali, anda dinasihatkan untuk menjaga berat badan dengan memastikan indeks jisim badan (BMI) anda berada di antara 19 dan 30. Ia sangant penting untuk mencapai berat badan yang sihat sebelum anda menjalani rawatan IVF.
Selain itu, jika anda merokok atau mengambil alkohol, anda juga dinasihati untuk berhenti aktiviti-aktiviti tersebut. Pengambilan alkohol dan tindakan merokok akan menurunkan kadar kejayaan dan keberkesanan IVF.
Anda juga dinasihati untuk mengurangkan atau hadkan pengambilan kafein pada kadar yang rendah. Pengambilan minuman atau makanan yang berkafein dikaitkan dengan kadar kejayaan IVF yang lebih rendah.
Umumnya, setiap kali seorang wanita menjalani kitaran IVF, dia mempunyai kira-kira satu dalam lima peluang untuk hamil. Kejayaan IVF juga berkaitan dengan umur wanita di mana peluang untuk rawatan IVF berjaya lebih tinggi jika anda berumur kurang dari 35 tahun.
Kalau wanita berumur 35 tahun dan ke atas, kadar kejayaan IVF akan lebih rendah. Hal ini kerana kebarangkalian untuk seorang wanita yang mengalami rawatan IVF untuk berjaya hamil akan berkurang dengan usia.
Wanita muda lebih cenderung untuk mempunyai bayi melalui IVF berbanding wanita yang lebih tua. Ada sesetengah wanita yang memerlukan hingga 5 kitaran rawatan untuk berjaya hamil. Oleh itu, ia sangat penting untuk membuat kajian anda sebelum anda membuat keputusan untuk menjalani rawatan IVF.
Hal ini kerana harga IVF di Malaysia tidak murah juga dan lebih baik untuk anda mendapat nasihat daripada doktor atau pakar-pakar untuk maklumat yang lebih jelas tentang IVF.